Articles: Bahasa (Malay language)

Pembangkang Yang Berkesan Dan Dipercayai

19 July 2009

PAP atau lebih tepat lagi, Encik Lee Kuan Yew, telah mencuba – dan masih mencuba – untuk mencorak apa itu pembangkang dan bagaimana pembangkang harus berfungsi. Encik Lee mahu melihat sebuah pembangkang yang membina.

Apa perlunya hak asasi manusia?

28 June 2009

Dalam sejarah manusia terdapat terlalu banyak peristiwa di mana kekejaman diperlakukan oleh sebahagian manusia terhadap manusia yang lain. Mangsa kekejaman itu lazimnya berada di dalam keadaan yang lebih daif dari mereka yang melakukan kekejaman itu. Kedaifan ini boleh berpunca dari kemiskinan, kedudukan sebagai golongan minoriti, warna kulit yang bebeza dari yang dimiliki oleh pelaku kekejaman itu, pacal yang dianggap hina oleh raja yang zalim dan rakyat jelata di bawah pemerintahan yang tidak demokratik dan tamakkan kuasa. Keadaan politik yang lemah juga boleh menyebabkan sesuatu kumpulan itu tercabut hak asasinya.

Cukuplah dengan cogan-cogankata bodoh, Tumpukan Perhatian kepada masalah sebenar

03 June 2009

Jobs for FTsKata-kata terbaru dari kabinet  Singapura: memahirkan semula (Re-skill,) meningkatkan taraf kemahiran (upskill) dan mempelbagaikan kemahiran (multi-skill). Ini adalah ungkapan lapuk yang bermula  sejak beberepa tahun lalu bagi mendapatkan pekerja-pekerja Siingapura untuk meningkatkan kemahiran mereka dan siap sediakan diri bagi menghadapi Ekonomi Baru.

Pilihanraya Amerika dan Malaysia: Satu Pengajaran Bagi Singapura

13 May 2009

Apakah persamaan dan pengajaran yang telah diperolehi Singapura dari pilihanraya umum Malaysia dan Amerika yang kedua-duanya berlangsung pada tahun 2008?

Satu berlangsung jauh di Amerika setiap empat tahun manakala yang satu lagi dianggap sebagai perkara biasa sahaja. Namun begitu kedua-dua peristiwa itu mempunyai kesan yang mendalam terhadap pemikiran rakyat Singapura.

Utusan Hari Buruh

30 April 2009

Sejak sedekad yang lalu dalam mana Singapura menikmati apa yang dipanggil "era keemasan” seperti yang diperkatakan oleh Menteri Pembimbing, para pekerja Singapura telah tidak merasakan keadaan mereka menjadi labih baik.

PAP: Kini Satu pun menjadi salah

26 April 2009

Dahulu bilangannya adalah lima ataupun lebih daripada itu. Tetapi sekarang, satupun dianggap salah dari segi undang-undang.

Pemerintah pimpinan Perdana Menteri Lee dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah meluluskan satu Akta baru, Public Order Act, di Parlimen baru-baru ini. Akta tersebut menghalang apa jua ‘cause-related event’, walaupun ia melibatkan kurang daripada lima orang. Akta ini bukan sahaja mengetatkan lagi undang-undang yang berkaitan dengan bantahan, malah ia adalah satu Akta yang merampas Hak Rakyat Singapura untuk berhimpun dan bersuara secara aman.

1-6 7-12 13-18 19-20