Kes Untuk Gaji Minima

Encik Lee Kuan Yew berkata bahawa membayar gaji minima adalah tidak menyenangkan kerana memperkenalkan undang-undang sedemikian akan memotong jumlah pekerjaan (menonton video di bawah,video dalam bahasa Inggeris). Ini menurut beliau, akan menghakis daya saing sesebuah ekonomi. Pandangan sedemikian adalah terlalu mudah dan, malangnya, tidaklah dicabar dengan lebih tegas oleh masyarakat, kerana adanya kawalan terhadap media.

Menteri Pembimbing juga berkata bahawa 'kuasa pasaran' harus menentukan paras gaji para pekerja di Singapura. Membayar para pekerja $3 sementara para menteri dibayar $1,000 untuk kerja satu jam bukanlah "kuasa pasaran" - ia adalah eksploitasi di tahap paling buruk.

Membayar gaji rendah di Singapura di mana kos sara hidup adalah tinggi bukan sahaja menghina pekerja-pekerja kita, tetapi ia juga menimbulkan keadaan yang tidak selamat dalam tenaga kerja dan bertentangan dengan daya penghasilan. Satu struktur gaji yang tidak selaras dengan penghasilan memudaratkan pertumbuhan dalam jangka masa panjang.

Menggubal undang-undang gaji minima, jumlah paling rendah gaji seorang majikan boleh secara sah membayar kepada pekerja, akan memastikan pekerja-pekerja itu tidak akan dieksploit.

Sudah tentu, majikan dan ahli perniagaan secara asasnya khuatir akan adanya dasar gaji minima kerana undang-undang sedemikian akan membuat perbelanjaan perniagaan mereka meningkat, dan akan memotong peratusan keuntungan mereka. Tetapi pandangan sedemikian tidak mengambilkira bawaha gaji yang lebih tinggi itu meningkatkan kuasa perbelanjaan pekerja secara umum yang akan merangsangkan penggunaan dan akhirnya memanfaatkan perniagaan.

Gaji minima juga menambah daya penghasilan kerana seorang pekerja yang mempunyai jaminan kewangan mampu memberi tumpuan mereka pada pekerjaan mereka kerana tidak terganggu untuk mencari pendapatan tambahan disebabkan gaji yang rendah dan tidak memadai.

Ia juga mengurangkan kemiskinan dan sesuatu yang boleh membangkitkan perasaan tidak percaya dan kemarahan terhadap pihak pengurusan dan secara tidak langsung menurunkan pengeluaran kerja yang berkualiti.

Di peringkat nasional, gaji minima mengurangkan kos bagi program-program kebajikan dengan bertambahnya pendapatan bagi mereka di peringkat gaji paling rendah. Perundangan sedemikian juga agak mudah untuk dikuatkuasakan kerana ia perlu agensi-agensi penguatkuasaan untuk bertindak terhadap kes-kes yang dilaporkan terhadap mereka yang melanggar undang-undang ini daripada menyediakan sebuah badan besar untuk memantau program ini.

Gaji minima akan juga mencegah pekerja-pekerja daripada dieksploitasi dan membolehkan kemakmuran dikongsi oleh semua.

Hari ini, lebih daripada 90 peratus negara-negara di dunia mengamalkan dzsar gaji minima dalam satu bentuk atau yang sepertinya. Beberapa negara yang tidak mempunyai akta atau peraturan-peraturan bagi gaji minimum adalah Bahrain, Qatar, UAE, Tonga, Brunei, Somalia, dan, sudah tentu, Singapura.

Hong Kong telah melakukan sesuatu tentang ketidaksamaan pendapatan pekerjanya. Rang undang-undang gaji minimum telah diperkenalkan dalam Badan Perundangannya pada 2009 dan dijangka diluluskan dan berkuatkuasa pada 2010 atau 2011. Bandaraya Hong Kong juga mempunyai gaji minima HK$3,580 (kira-kira S$650) sebulan untuk pekerja-pekerja pembantu rumah asingnya.

Kebanyakan pengkaji ekonomi bersetuju bahawa kesan-kesan negatif dasar sedemikian kepada majikan serta pekerja-pekerja adalah agak kecil.

Parti Demokratik Singapura mencadangkan gaji minimum $6.80 setiap satu jam. Jumlah ini dikira berdasarkan gaji mingguan sebanyak $300 yang diperlukan bagi seorang individu untuk hidup di Singapura. Jumlah itu dibahagikan dengan kerja 44 jam setiap minggu. Jumlah ini akan dapat digunakan untuk pekerja-pekerja di dalam lingkungan pendapatan gaji terendah.

Jurang pendapatan di Singapura dan faktor bagi mereka di tahap ekonomi paling rendah akan dapat terus mengatasi beban kewangan mereka. Idea gaji minima telah menjadi sesuatu yang harus dilaksanakan dengan segera.

Bahasa (Malay language) Monday, 21 June 2010 SingaporeDemocrats Print

LEAVE A COMMENT