Mengimbas kembali kegiatan dan tindakan sepanjang 2009

Sudahkah anda bersiap? Kita akan mulakan suatu perjalanan yang akan membawa anda melalui beberapa minggu dan bulan sepanjang 2009. Ia akan membuat anda tercungap-cungap di akhir perjalanan ini. Oleh itu pasanglah tali keledar dan ayuh kita berangkat.

SDP and friends

Januari

Tahun '09 bermula dengan ahli SDP sedang dibicrakan atas tuduhan membahag-bahagikan risalah yang mengkritik pemerintah. Selang beberapa hari kemudian para aktivis Encik Seelan Palay dan Encik Chong Kai Xiong ditangkap kerana memprotes di luar Kementerian Tenaga Manusia. Sudah menjadi amalan bahawa para pekerja asing yang melakukan tindakan yang sama dibiarkan sahaja.

Seorang AP PAP dibakar oleh salah seorang daripada para pengundinya. Anggota Parlimen itu juga telah diserang oleh seorang lagi warga yang tidak puas hati dengannya beberapa tahun lalu.

Ketika berucap di majlis perasmian Tahun Guaman, Hakim Besar, Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang mendakwa kononnya Singapura merupakan sebuah negara yang patuh kepada undang-undang. Dr Chee Soon Juan menolak propaganda mereka dengan mengatakan bahawa apa yang didakwa mereka adalah merepek. Bertepatan dengan itu satu lagi perbicaraan yang melibatkan 5 pemimpin dan aktivis SDP bermula atas tuduhan melakukan kesalahan berjalan di Orchard Road pada tahun 2007.

Februari

Sesi Belanjawan. Demokrat mencadangkan program alternatif 5 perkara, sebahagiannya ditiru oleh beberapa AP PAP. Idea memberi voucer perbelanjaan bahkan dipraktikkan oleh CapitaLand.

SDP menganjurkan satu forum (yang kedua dalam dua tahun), bertujuan untuk menyeru parti-parti pembangkang supaya mengeratkan lagi kerjasama antara mereka.

Temasek Holdings mengumumkan bahawa ia telah kehilangan 30 peratus, atau S$58 bilion, daripada portfolionya yang sebahagiannya dilaburkan dalam Merrill Lynch yang kemudian membayar bonos US$ 250 juta kepada para eksekutif atasannya sesaat sebelum diistihar muflis. Dr Chee menegur secara ringkas keadaan yang menyayat hati ini dan menekankan bahawa Encik Lee Kuan Yew seharusnya dipertanggung jawabkan ke atas kegagalan ini.

Pasukan Polis mendedahkan bahawa semasa sidang WB/IMF semua anggotanya yang di lapangan dikerah untuk menghentikan bantahan mengenai kebebasan berucap di Hong Lim Park. Pada hari yang sama juga, satu pembunuhan berlaku hanya beberapa ratus meter sahaja dari situ.

Media tempatan mengulangi wawancaranya dengan Encil Chiam tentang penarikan dirinya dari SDP. Demokrat menulis kepada Encik Chiam yang yang kemudian menghubungi akhbar TODAY untuk memintanya supaya jangan menerbitkan wawancaranya itu.

Demokrat Muda Jufri Salim menunjukkan keberaniannya memilih untuk ke penjara selama lapan hari daripada membayar denda kerana terlibat dalam protes TBT.

Mac

The Wall Street Journal didakwa menghina mahkamah kerana menerbitkan surat daripada Dr Chee.

SDP dan rakan-rakannya mengadakan retreat pada bulan Mac untuk membincangkan rancangan masa depan dan untuk merangka strategi Pilihanraya Umum. One Nation Under Lee, film yang dilarang menyiarannya, menerima 40,000 kunjungan menerusi YouTube.

April

PAP meminda Akta Ketenteraman Awam. Di bidang ekonomi pula, Parti Demokrat mengecam Pemerintah kerana hanya menunggu ekonomi Amerika Syarikat pulih. Peristiwa AWARE terus berlanjutan hinggakan masyarakat sivil didorong untuk mengambil tindakan yang jarang sekali diambil.

Pemimpin SDP melawat kampus NUS, beramah mesra dengan para pelajar dan mengedarkan risalah.

Lelaman web ini memperluaskan perkhidmatannya dengan melancarkan bahagian-bahagian bahasa Cina, Melayu, dan Tamil.

Mei

Utusan Hari Buruh Parti Demokrat telah disampaikan dalam empat bahasa, menyeru PAP supaya menghormati hak-hak pekerja dan merapatkan jurang pendapatan yang semakin melebar.

Beberapa hari kemudian, kerajaan Malaysia mengumumkan penahanan semula Encik Mas Selamat. Ini merupakan satu tamparan kepada PAP, walaupun ia merasa lega.

SDP terus menyeru semua pihak supaya bersatu dalam usaha menentang rejim PAP dengan Cik Chee Siok Chin meminta masyarakat sivil untuk bekerjasama dengan pembangkang demi memajukan demokrasi.

Para aktivis memperingati ulang tahun ke-22 penangkapan kumpulan "Marxist" dalam tahun 1987. Masyarakat gay merasmikan pinkdot.com dan masyarakat Kurang Upaya kita menyeru supaya mereka diberikan subsidi yang lebih.

Pemerintah mengumumkan rancangan untuk meningkatkan jumlah kerusi AP tanpa kawasan undi. Demokrat membalas dengan meminta PAP supaya menghentikan wayang ini dan mewujudkan sistem pilihanraya yang bebas dan adil. Di Parlimen, anggota-anggota Parlimen PAP meminta Pemerintah supaya lebih memberi perhatian kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) daripada syarikat berbilang negara, meniru apa SDP telah katakan selama bertahun-tahun.

Encik Chia Ti Lik berkata di mahkamah bahawa "saya harus berdiri menentang undang-undang yang melanggar prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan" ketika dia mengaku bersalah atas tuduhan terlibat dengan TBT kerana komitmen pekerjaannya.

Jun

 

Jun melihat kematian konselor dan aktivis, Anthony Yeo, seorang teman SDP. Encik Seelan Palay dipanggil untuk siasatan polis kerana penerbitan One Nation Under Lee.

Hakim Toh Yung Cheong mengeluarkan waran tangkap terhadap Dr Chee kerana menghadiri upacara pengkebumian bapa mertuanya di Taiwan. Waran tersebut kemudian ditarik balik selepas dipertimbangkan semula.

Julai

Parti Demokrat melakarkan syarat-syarat yang perlu bagi mewujudkan pembangkang yang kredibel dan berkesan dalam usaha menentang PAP. Parti Demokrat menekankan perlunya kepimpinan yang tegas dan tabah dalam menghadapi serangan bertubi-tubi dari PAP.

 

Cik Ho Ching memeranjat ramai apabila ia menarik balik keputusan awalnya untuk meletak jawatan sebagai CEO Temasek.

 

Seorang hakim daerah menolak aduan bahawa polis menyalahgunakan kuasanya semasa mesyuarat ASEAN pada tahun 2008 apabila mereka menahan Cik Chee Siok Chin dan Encik John Tan, walaupun untuk seketika. Sementara itu pihak polis juga memasang kamera pengintip di Sudut Pidatu.

 

Dr Chee menjelaskan dalam persidangan dwi tahunan partinya mengapa SDP terus berkembang walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi dari PAP. Parti itu juga memilih anggota-anggota baru Jawatankuasa Pusatnya (CEC).

Ogos

YD memilih pemimpin baru. Dr Chee terlibat dalam satu dialog dengan Menteri Luar Luar George Yeo di Facebook tentang pelbagai isu termasuk soal gaji minimum dan gaji menteri. Sayap Wanita Parti Demokrat menyampaikan utusan Hari Kebangsaan di YouTube - yang pertama kali sepertinya di Singapura.

SDP mengajak PAP berdebat di alam siber yang, seperti dijangkakan, ditolak oleh PAP. Wong U-wen, seorang ahli SDP menyampaikan mesej kepada masyarakat cacat pendengaran dan Demokrat mengunjungi sebuah rumah rawatan orang-orang tua sebagai sebahagian daripada program perkhidmatan masyarakatnya.

September

Hakim Thian Yee Sze mendenda Dr Chee $10,000 atas dua tuduhan berucap di khalayak ramai sementara Pemerintah menarik balik larangannya ke atas film ringkas "The Singapore Rebel” - selepas ia mencapai hampir suku juta tontonan di YouTube dan Google. Encik Seelan terus mencabar Lembaga Penapisan Film dengan mengirimkan sebuah wawancara dengan Mr Francis Seow untuk dinilai.

Para pemimpin SDP meneruskan kegiatan mereka dengan lawatan ke beberapa kampus universiti untuk mendampingi para pelajar. Berita tentang lawatan tersebut telah ditapis oleh pentadbiran NTU. Selanjutnya, mahasiswa NTU membantah keputusan untuk menapis berita lawatan SDP itu di Sudut Pidatu.

SDP memulakan siri mesej video untuk hari libur keagamaan yang utama bermula dengan Hari Raya yang disampaikan oleh Encik Jufrie Mahmood.

Singapura dituduh menyembunyikan wang haram dari Myanmar. Harga jualan flat-flat HDB melonjak sebanyak 38% dengan penduduk tetap merupakan 40% daripada pembeli. Para penduduk Singapura mencapai 5 juta dengan 38% daripadanya terdiri dari bukan rakyat Singapura.

Penjualan akhbar The New Demokrat disambung semula selepas berehat selama dua tahun sementara GIC mengumumkan kerugian $59 bilion pada tahun fiskal yang berakhir Mac 2009.

Oktober

Hakim Daerah John Ng membebaskan para aktivis SDP yang menyebabkan sedikit kegemparan di Internet. AGC (Pejabat Peguam Negara)membuat rayuan ke atas keputusan itu.

Demokrat bertindak dalam masalah pasar basah Fajar di Bukit Panjang dengan menyokong penduduk dan pegerai di kawasan undi tersebut. Ia memohon izin untuk berucap kepada para penduduk Bukit Panjang tetapi polis menolak permohonannya itu. Kami juga menulis kepada Sheng Siong untuk berunding tetapi syarikat tersebut menolak undangan itu.

Demokrat Monica Kumar menyampaikan mesej Deepavali parti sementara SDP membuat satu lagi pencapaian sebagai parti yang pertama melancarkan "Let's Talk”, satu siri perbualan di internet.

November

Dr Chee melakukan beberapa siri perbualan di radio Amerika Syarikat (AS), menyeru syarikat berbilang negara AS supaya berhenti mengeksploitasi rakyat Singapura. Encik Bob Amsterdam, peguam SDP, menerbitkan satu Kertas Putih mengenai penindasan di Singapura.

Dr Lim Hock Siew bercakap tentang penderitaannya selama 20 tahun di bawah ISA ketika pelancaran buku ‘The Fajar Generation’ dan Encik Lee Kuan Yew mengaku telah berbuat salah dalam dasar pembelajaran bahasa China.

SDP menyertai Liberal International.

Disember

PAP mencadangkan satu masa bertenang selama 24 jam sebelum hari pengundian sementara AGC menggugurkan tiga daripada lapan tuduhan ke atas Dr Chee kerana berucap di khalayak ramai.

Hakim Ch'ng mendapati para pemimpin SDP bersalah kerana mengedarkan risalah mengkritik Pemerintah sementara Dr Chee mengecam Menteri Pembimbing kerana mengatakan bahawa rakyat Singapura harus dipersalahkan jika mereka tidak boleh menangani pembanjiran para pekerja asing.

Tahun penuh aksi! Kan sudah dikatakan, pasti anda tercungap-cungap. Jika anda dapati ini penuh bermakna, tunggu dan lihat saja aksi 2010. Jangan ke mana-mana, boleh?

Bahasa (Malay language) Tuesday, 26 January 2010 SingaporeDemocrats Print

LEAVE A COMMENT