Tan Kin Lian: Wawasan ekonomi alternatif SDP wajar

Tan Kin LianBekas Ketua Pegawai Eksekutif CEO NTUC Income dan penganalisis kewangan, Encik Tan Kin Lian, telah menyuarakan sokongan beliau terhadap cadangan ekonomi Parti Demokrat Singapura. Encik Tan berkata beliau mendapati program alternatif SDP sebagai menasabah.

Encik Tan menulis di blog beliau dan di sebuah lelaman blog beliau menbangkitkan isu -isu seperti kos sara hidup yang tinggi di Singapura., jurang pendapatan yang luas dan gaji pekerja yang tidak naik sebagai masalah dalam ekonomi Singapura kini.

Encik Tan lebih dikenali sebagai seorang wira apablia beliau membela pelabur-pelabur yang terjejas teruk dalam peristiwa pelaburan toksik mini bond dalam tahun 2008 . Beliau adakan perhimpunan mingguan di Sudut Pidatu yang dihadiri ratusan peserta.

Encik Tan berpendapat bahawa Singapura harus menpunyai sebuah sistem ekonomi yang adil. Ini merupakan pendirian Demokrat juga. Singapura harus berusaha menuju ke arah sebuah ekonomi yang manfaatkan setiap warganya. Pada masa ini, kita mengamalkan sistem elitis PAP yang tidak mampan di mana yang kaya akan bertambah kaya tanpa pedulikan masyarakat selainnya.

Unsur penting dalam Program SDP adalah:

  • menukar cara kita mengukur pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan indeks kesejahteraan orang ramai daripada hanya bergantung pada GDP. Angka GDP yang tinggi tidak menunjukkan bagaimana segmen masyarakat yang miskin mendapat manfaat daripada pertumbuhan tersebut. SDP mencadangkan penggunaan  Index Kemajuan Sebenar  daripada, atau serupa dengan, GDP.
  • menangani jurang pendapatan yang luas dengan memperkenalkan Akta Gaji Minima, melaksanakan dasar faedah pembuangan kerja dan meningkatkan perbelanjaan  untuk program masyarakat dan sosial terutama untuk dasar yang menolong orang tua dan yang miskin. Dasar-dasar ini akan menyediakan satu jaring keselamatan bagi mereka yang terjejas oleh jurang keretakan dalam ekonomi. Ia juga memberikan rakyat lebih kuasa pembelanjaan di mana akhirnya ia akan memanfaatkan ekonomi.
  • tidak terlalu bergantung kepada syarikat berbilang negara (MNCs) dan mula memupuk usahawan tempatan. Untuk mencapai ini kita harus membubarkan syarikat-syarikat milik pemerintah (GLCs) yang telah memonopoli sektor komersial tempatan. Pergantungan kita terhadap MNCs dan GLCs adalah punca utama mengapa jurang pendapatan begitu luas.

PAP sering menuduh pembangkang kerana tidak mampu menawarkan Rakyat Singapura sebuah alternatif. Ini tidak benar. Demokrat Singapura telah dan akan terus menjadi sebuah parti yang konstruktif dan menawarkan penyelesaian kepada masalah negara.

Pada pilihanraya ini SDP akan menitik beratkan dasar ekonomi kami, yang mampu dilaksanakan,realistik dan penting negara kita.

Bahasa (Malay language) Monday, 01 November 2010 SingaporeDemocrats Print

LEAVE A COMMENT